tERkINI dARI pERmAtA bIrU

Thursday, June 20, 2013

rindu

salam..

rindu untuk menulis di sini seperti biasa
rindu dengan mood nak tulis blog nie..
rindu segala-galanya..
saya mula dapat rasakan..
menulis dan menghasilkan entry terbaik adalah ketika kita berasa HAPPY..
now, mood tu dah kembali kepada saya..
hope boleh hasilkan entry untuk you'all baca..

saya dah tukar balik lagu di blog nie..
love this song 'BE MINE'
khas untuk anda..

and yang paling penting to EN.nuffnang
thanks so MUch..
i'v got 4 CPUV yang ongoing
4 CPUV yang dah di creditkan..
so untuk follower yang nampak iklan2 yang masih menari
di blog saya jemput singgah and klik situ yer..hehehe
TQ


nota: next entry berita baik nak kongsi dengan korang..syukur alhamdulillah..:)

Wednesday, June 19, 2013

WW#20: MY family <3

Monday, June 17, 2013

I'am Okay, FINE

salam..

monday blues..lalalala
nak up entry juga..
rasa hidup makin stabil & happy..
mungkin take time nak suaikan diri dengan suasana baru..

BUt now...
rasa semakin happy and happy
baru balik berhujung minggu di
RUMAHKU SYURGAKU
at Jitra, kedah..
hope pas nie..boleh balik selalu
ke kampung halamanku pula

alhamdulillah kaisara juga mula memahami
seronok hujung minggu
bawa kaisara naik bas
ke RUMAHKU SYURGAKU

to mybeloved HUSBAND
i LOVE u So muchhhhh
thanks coz Support me 100%....


note: menjalani kehidupan harian seperti biasa..alah bisa tegar biasaa  (betul ke?? hehe...:)

Tuesday, June 11, 2013

Drama Teduhan Kasih

salam..

dah terjebak dengan drama teduhan kasih nie..
rasa nak tgk hari2..
sayang plak klu terlepas satu episod kan..
saya pasti ramai yang suka jalan cerita TEDUHAN KASIH nie..
lakonan terbaekk laaaa kan..
setuju tak saya cakap??

sana sini dah bising2 cerita tentang watak dalam drama nie..
kalau bagi saya watak paling geram dengan si ALONG tu la..
mulat dia MAK AIII..laser giler..
tapi tak mustahilkan masih ada lagi orang yang macam mereka tu..
tak berhati perut, iri hati, tamak
pendek kata semua yang negetif la kan..
termasuklah MAK mereka dan SI ayu tu...

jom baca sedikit sinopsis yang dapat saya kongsikan..
lepas nie sama2 kita tontot slot akasia jam 7 mlm
setiap isnin- khamis di tv3

SINOPSIS TEDUHAN KASIH

Iffa dan Ayu berkawan baik sejak di zaman persekolahan . Kehidupan Iffa tidak seindah mana bila terpaksa tinggal bersama keluarga isteri pertama ayahnya. Ini semua berlaku kerana ibu dan ayah Iffa terlibat dengan satu kemalangan . Ayu yang selalu cemburu dan iri hati pada Iffa membuatkan hidup Iffa semakin kelam.

Ayu sanggup merampas suami Iffa semata- mata ingin melihat kawannya menderita. Iffa dicemuh kononnya dia tidak pandai menjaga suami. Iffa sedaya upaya mempertahankan rumahtangganya tapi gagal. Namun dia masih mempertahankan anak yang dikandungnya lambang cintanya pada Ryzal. 

Walaupun Ryzal mendesak untuk menggugurkan kandungannya. Iffa redha dengan apa yang berlaku dalam hidupnya. Iffa terpaksa menumpang di rumah mak tirinya demi anak yang dikandungnya. Dirumah, Iffa yang tak ubah seperti orang gaji dan tak ada belas langsung dari mata mak tirinya.Hinggalah saat Iffa ingin melahirkan . Mak tirinya sanggup pergi bercuti mengikut Kak long ke Pulau Langawi dan meninggalkan Iffa sendiri. Saat Iffa ingin melahirkan seorang lelaki tidak dikenali datang membantu Iffa.

Ehsan , seorang lelaki yang memiliki segalanya , berjawatan sebagai CEO disebuah syarikat. Lelaki yang dikelilingi wanita-wanita cantik dalam hidupnya tetapi hidupnya kosong tanpa arah. Ehsan adalah insan yang diturunkan oleh Allah untuk membantunya. 

Kelahiran Adam Merubah kehidupan Ehsan dan Ehsan mengganggap Adam adalah anaknya sendiri walaupun hakikatnya bukan. Kehidupan Iffa dan Adam merubah setelah hadirnya Ehsan dalam hidup mereka . Dengan sifat Ehsan yang romantik , ambil berat , manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. 

Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang dibina sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Kali ini Iffa nekad dia tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan. 

sumber: sini


nota: mood nak menulis semakin ada..love you all my readers...:)

Monday, June 10, 2013

rindu blog

salam..

rasa macam dah lama tak singgah di sini..
rindu untuk menulis di sini...
sibuk dengan tugas baru dan aktiviti harian yang tidak menentu..
korang macam mana okay ke?

angin tak berapa nak ok dengan
keadaan kesihatn yang agak tak berapa baik..
kawan2 doakan saya boleh menus seperti biasa ya..
untuk followers baru jangan lupa tinggalkan jejak
insyaalllah saya akan kunjungi blog korang


nota: mood tidak menentu hatiku di kedah...:'(


Tuesday, May 28, 2013

sad story

salam..

semalam saya ada cakap nak kongsi
sad story dengan you all kan..
tentang percutian hujung minggu yang lalu..
alhamdulillah dapat balik kampung seperti yang di rancang..

actually dah hampir sebulan
saya tinggalkan perlis/kedah
memang sangat rindukan sana..
walaupun baru sebulan terasa macam setahun..
selama itu juga lah my baby boo..
berada bersama saya dan tak tinggal lagi
di rumah pengasuhnya yang lalu a.k.a makjang/pakjang saya

untuk pengetahuan semua pakjang saya memang tak berapa sihat
dan selama saya di perak..
dia dimasukkan ke dalam wad..
dah tinggal di hospital hampir sebulan..
setiap minggu saya selalu berdoa
agar masih ada peluang untuk saya pulang ke kampung dan menjenguknya
alhamdulillah hari wesak hari tu saya dapat peluang menziarahinya..
keadaannya mmg kurang stabil..
tapi dia masih mengenali saya dan kaisara
cuma kaisara macam tak berapa nak duduk dekat pakjang saya tu
(ohh ya... mereka nie kaisara panggil ayah & mak)
saya tak pernah bg di lupa siapa mak & ayah yang dok ngasuh dia.
sebab kaisara tinggal dengan mereka dari kecil seawal usia 2 bulan lagi..
selalu ingatkan kaisara..
saya akan tanya

saya: "kaisara mana mak?"
kaisara: mak xda..jaga ayah
saya : kenapa dengan ayah?
kaisara : ayah sakit....
saya : ayah sakit apa?
kaisara : ayah sakit kaki...

itu ja yang kaisara tahu..
kalau nak jelaskan apa sakit pakjang saya mesti dia takkan faham..
tapi dia akan ingat bila saya bawa masuk perkarangan hospital..

kaisara cakap : mak ada sini ...jaga ayah..


tapi...
ALLAH lebih menyayanginya..
arwah pakjang saya meninggal dunia hari ahad yang lalu
dua hari selepas kami menziarahinya..
mungkin sudah sampai masanya..
bersyukur sebab Allah masih bagi saya peluang terakhir
untuk melihatnya.
bila tgk arwah saya teringat arwah mak saya...
sedihh dan sayu..
saya cuma sempat menziarahi jenazah sekejap je..
sebab tiket saya pulang ke ipoh petang tu sudah di ambik..
sempat juga bg kaisara lihat wajah terakhir arwah..

kaisara cakap : mama nak tgk ayah lagi...

semoga suatu hari nanti kaisara akan faham yang pakjang saya dah tiada lagi..susah juga nak cerita sebab kaisara masih kecil..


nota: al-fatihah untuk arwah pakjang saya..:'(

Monday, May 27, 2013

monday bluess

salam..

saya ingat boleh kira
berapa banyak orang yang masih ber MONDAY BLUES
pagi nie kan...
almaklumlah cuti 3 hari..
termasuklah saya juga..
adoi nak bangun pagi td pun terasa malas yang teramat..
tp tanggungjawab menjalankan tugas
harus di laksanakan..
walaupun ketermalasan tu ada..hehehe

semalam excited ambik tiket balik ipoh awal..
last2 sampai lewat juga..
sabor je la..
selalu balik 3jam dah sampai..
tp semalam 6jam baru sampai..
dua kali ganda perjalanan oo..
tp rasanya bukan saya sorang ja yang alaminya..
semua yang pulang ke kampung halaman pun mesti merasainya..
jalan yang sesak & jem..
nasib bukan drive sendiri kalau tak
alamatnya..tertido dulu la daku ini...hihihi

masing2 mengambil kesempatan
wesak + cuti sekolah pulang ke kampung halaman kan..??
so, apa cerita percutian hujung minggu ada?
dapat attend banyak majlis perkahwinan tak??
alhamdulillah dapat juga saya merasa nasi kenduri...
sedapppp..kenduri kampung adik beradik sebelah husband..
tapi ada sad story juga..
nanti saya cerita next entry...:'(


nota: jemput singgah cubit2 en.nuffnang saya yer...hehe :



Thursday, May 23, 2013

Balik Kampung

salam..

hi all..
mood gembira +++ happy
sebab??
nak balik kampung...
wahhh macam dok lama plak kat bandar..
rindu bukan main lagi dekat  kedah+perlis hehehe

ambik peluang yang ada esok kan cuti hari wesak...
dapat la cuti 3 hari di sana
dah macam2 ada dalam plan nie..
almaklumlah..
cuti sekolah juga bermula esok kan..
anak2 yang bersekolah mesti lagi  best kan..
dapat bangun lewat..
xperlu ke sekolah kan..kan..


apa-apa pun nak ucapkan selamt bercuti yer....
next week balik lagi kampung..
kenduri adik ipar..
xsabar rasa nak makan kenduri..
nyammm....nyammm


nota: excited nak balik kampung...harap2 xda yang tertinggal..tumpang akak ipar balik bercuti..semperna cuti sekolah anaknya :)

Wednesday, May 22, 2013

ww#19: kAISaRa dAh paNDai







nota: my baby last week at my home sweet home...dah pandai makan sendiri..:)

Monday, May 20, 2013

Blogku di serang MALWARE

salam..

dah perasan dari last week..
macam ada something wrong ja dgn blog saya nie
tp almaklumlah saya nie bukan pakar sangat..
tp bila buka asyik naik malware nie..
nak tahu juga si penyebabnya..
search dari en.google

rupanya malware nie pun sejenis penyakit berjangkit dari blog lain..hehehe
kalau sebelum nie tak tahu pun..
boleh berjangkit rupanya dari pelbagai cara sama ada
dari blog yang kita follow, kita exchange link & blog yang singgah komen di blog kita..
hari nie baru tergerak hati dan punya kesempatan nak belajar cara buang MALWARE nie..


terpaksa buat beberapa kajian mengenalpasti puncanya
rupanya malware nie datang dari satu blog yang
saya pernah follow..
so, solutionnya saya kena unfollow this blog..
tak tahu juga cara saya ikut ja tutorial dari sini SINI
tp malangnya cubaan pertama tidak berjaya..
cari jalan kedua search sama ada terdapat dalam blog exchange
yeaaahhhh rupanya duduk dalam sahabat segmenku
minta maaf banyak-banyak terpaksa remove juga anda di sini..
takut nanti blog saya pula punca jangkitan pada rakan blogger yang lain..
nampak macam dah selesai ja bila remove blog tersebut dari bloglist..
yeaaahhhh....
akhirnya selesai juga..
thanks ekk.. blog yang sediakan toturial tu..:)



nota: alhamdulillah harap2 blog berfungsi seperti sediakala...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Design by Izza Sakura